IPOH 4 Ogos – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut disyaki dipukul dalam satu kejadian di sini semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kematian remaja itu daripada seorang doktor hospital swasta di sini menerusi panggilan telefon pada pukul 6 pagi. Katanya, doktor berkenaan mengesahkan remaja itu mati pada pukul 5.55 pagi dan memaklumkan yang mangsa telah dipukul. “Berdasarkan temubual dengan…










