SEREMBAN 4 Ogos – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berasal dari Ireland didapati hilang dari bilik penginapan sebuah resort desa di Pantai dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kehilangan Nora Anne Quoririn disedari abangnya kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada pemilik resort. Katanya, mereka kemudian berusaha mencari remaja tersebut di sekitar resort tetapi gagal menemukannya. “Pemilik resort…










