Remaja cedera leher tertusuk anak panah - Utusan Malaysia

Remaja cedera leher tertusuk anak panah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila lehernya tertusuk anak panah senapang ikan dalam kejadian di Sungai Iran, Song, Sarawak, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa berusia 18 tahun itu dikatakan sedang menangkap ikan bersama dua rakannya di sungai tersebut pada pukul 11 malam.

Kejadian berlaku apabila mangsa melepaskan anak panah namun terkena kayu sebelum melantun menusuk bahagian leher mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya bergegas ke Klinik Kesihatan Daerah Song untuk membantu mengeluarkan anak panah berkenaan.

“Apabila tiba di klinik terbabit, kita dapati leher mangsa tertusuk anak panah sepanjang 60 sentimeter.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan anak panah itu menggunakan ‘bolt cutter’. Mangsa bernasib baik kerana anak panah hanya tertusuk di tepi leher dan tidak mendatangkan kecederaan serius,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini