ALOR SETAR 29 Ogos – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama rakannya di sebatang sungai di Kampung Seberang Chegal, Anak Bukit di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang ini, mangsa, Muhammad Shukri Amri Kadir, 19, dipercayai gagal diselamatkan rakannya yang kemudian bertindak menghubungi pasukan penyelamat. Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan…










