KUALA LUMPUR – Tidak rela dikecewakan lagi oleh Felda United, pengendali Selangor, B. Sathianathan merangka strategi khas untuk menghadapi The Fighters dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini. Dalam pusingan ketiga Piala FA pada 16 April lalu, Felda yang dibimbing bekas pembantu Sathianathan, Mohd. Nidzam Jamil mengejutkan Red Giants 2-1 di Shah Alam. Anak-anak buah Nidzam turut memaksa Selangor bekerja keras dalam pertemuan terakhir…










