KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan gempa bumi Indonesia diminta bagi mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan. Dalam satu notis konsular Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan, peringatan tsunami turut dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia susulan kejadian itu di kawasan persisiran pantai di Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung. Katanya lagi, rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular…










