'Raja Ular' di ICU selepas dipatuk tedung selar - Utusan Malaysia

‘Raja Ular’ di ICU selepas dipatuk tedung selar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 4 Ogos – Rutin harian seorang kakitangan di Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat di sini memberi makan kepada reptilia berkenaan setiap hari bertukar tragedi, apabila dipatuk oleh ular tedung selar, semalam.

Kejadian kira-kira 3.30 petang itu berlaku ketika Muhammad Hafiz Alias, 26, yang terkenal sebagai ‘raja ular’ dalam kalangan rakan-rakannya masuk ke dalam sangkar untuk memberi makan kepada reptilia berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akibat kejadian itu, Muhammad Hafiz kini

ditempatkan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, penjinak ular tedung selar itu dipatuk oleh reptilia berkenaan di bahagian lutut.

Pemangku Pengurus Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Ariffin Baharom berkata, dia menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh kakitangan di situ iaitu sejurus selepas Muhammad Hafiz dipatuk ular.

Katanya, difahamkan Muhammad Hafiz diserang reptilia berkenaan ketika masuk ke dalam sangkar untuk memberi makan kepada ular tedung selar itu kira-kira pukul 3.30 petang.

“Dia (Muhammad Hafiz) kemudian dihantar ke HTF dan dimasukkan ke unit kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, sejak malam tadi dan pagi ini, perkembangannya sudah semakin positif,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, kejadian itu merupakan kali kedua menimpa Muhammad Hafiz dan diharapkan kakitangan tersebut cepat sembuh.

Dalam pada itu, difahamkan Muhammad Hafiz kini sudah sedar namun masih memerlukan rawatan rapi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini