Raja Permaisuri Agong kongsi kenangan bersama warga maya - Utusan Malaysia

Raja Permaisuri Agong kongsi kenangan bersama warga maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kenangan terindah buat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar apabila busana yang dipakai 35 tahun lalu dikenakan kembali anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.

Gambar yang dimuat naik oleh Tunku Azizah itu dikongsi dalam akaun Twitter Seri Paduka, @cheminahsayang malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkongsian itu dibuat untuk berkongsi kenangan bersama pengikut Seri Paduka sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah, Selasa lalu.

Tunku Azizah yang memuat naik gambar Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang memakai busana sama seperti ketika Pertabalan ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada 1984.

“35 tahun kemudian, Jihan (Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah) mengenakan baju kurung yang saya pakai ketika pertabalan ayahanda saya (Almarhum Sultan Iskandar) dalam 1984… Alhamdulillah,” titah Seri Paduka dalam akaun Twitter @cheminahsayang.

Ciapan Seri Paduka itu mendapat perhatian warga maya yang memuji status tersebut.

“Dua-dua cantik sangat,” balas

@az_aishaz.

Bagi @NurAmir52666395 pula kecantikan Tunku Azizah kekal dari dulu sehingga kini.

“Tuanku…dulu lawa…tp sekarang tuanku lagiiiiiiii lawa…’speechless’ la…,” katanya.

Permasyhuran Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Selasa lalu merupakan detik bersejarah negara apabila Seri Paduka berdua merupakan anak kepada bekas Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini