Raja Muda Perlis hadir makan malam The Red Chamber - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis hadir makan malam The Red Chamber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Makan Malam Amal – The Red Chamber’ yang diadakan di Eastin Hotel Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat malam.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis anjuran Showcase Event And Talent Management itu disambut oleh Pengasasnya, Nik Faris Reza Datuk Khairi.

Majlis itu turut diserikan dengan pertunjukan busana terkini bertemakan “Summer Blossom” yang dihasilkan oleh Ruzz Gahara, Ashley@Kapas dan Ivan Yogi Susanto.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Yean Yoke Heng dan Tan Sri Danny Ooi.

Menurut Nik Faris Reza, majlis makan malam yang dianjurkan buat tahun ke dua ini adalah bertujuan untuk mengutip derma amal bagi disumbangkan kepada beberapa badan NGO yang terletak disekitar Lembah Kelang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini