SALZBURG, Austria – Pemain sayap Chelsea, Christian Pulisic berharap dua gol yang dijaringkannya ketika membantu ‘The Blues’ menewaskan Red Bull Salzburg 5-3 pada aksi persahabatan Rabu lalu mampu membuktikan keupayaannya kepada rakan-rakan sepasukannya. Sentuhan pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS) itu pasti ditagih oleh City selepas dia dianggap sebagai pengganti paling sesuai mengisi kekosongan tempat Eden Hazard yang berhijrah ke Real Madrid. Pulisic, 20, bagaimanapun enggan dirinya dibandingkan dengan Hazard kerana…










