KHARTOUM 2 Ogos – Sebanyak empat penunjuk perasaan ditembak mati pasukan keselamatan dengan beberapa lagi dilaporkan cedera ketika menyertai demonstrasi di bandar raya Omdurman, semalam. Al-Jazeera melaporkan, ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes membantah pembunuhan empat pelajar di El-Obeid, Kordofan Utara, baru-baru ini. Seorang saksi, Tarig Babikir dari Omdurman memberitahu, berpuluh-puluh penunjuk perasaan cedera selepas tentera melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup terhadap mereka. “Ketika kejadian, kami sedang bergerak bersama-sama kumpulan demonstrasi…










