KUALA LUMPUR 1 Ogos – Para pelabur menjangkakan prestasi saham syarikat-syarikat besar akan lebih baik berbanding saham syarikat kecil pada separuh kedua tahun ini. Menurut laporan Bloomberg, indeks saham syarikat-syarikat kecil menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding penurunan 3.6 peratus dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI yang memantau prestasi 30 syarikat terbesar. Pelabur menjangkakan firma-firma gergasi negara akan mendapat manfaat daripada hala tuju dasar yang semakin jelas selepas Pilihan Raya…










