KUALA LANGAT – Tindakan sebilangan mat rempit menarik perhatian pengguna jalan raya dengan deruman ekzos yang telah diubahsuai mengundang padah selepas motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan, semalam. Dalam operasi bermula pukul 4 petang di Jalan Bukit Kemendol, Telok Panglima Garang menyita 36 buah motosikal. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam berkaitan aktiviti mat rempit yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai litar lumba…










