Polis siasat kematian mencurigakan seorang wanita - Utusan Malaysia

Polis siasat kematian mencurigakan seorang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 3 Ogos – Polis melancarkan siasatan keatas kematian mencurigakan seorang wanita di Whanganui, baru-baru ini. NZ Herald melaporkan wanita berusia 30 tahun itu dimasukkan ke hospital Whanganui selepas mengalami kecederaan yang bukan disebabkan oleh kemalangan. Ekoran keadaannya yang semakin kritikal, dia dipindahkan ke hospital Wellington dan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi. Proses bedah siasat telah dilakukan dan pihak berkuasa Whanganui memulakan siasatan bagi mengetahui punca kematiannya.-AGENSI

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN