GERIK 1 Ogos – Polis menafikan pihaknya menahan seorang wartawan wanita warga asing sewaktu perobohan sekatan Orang Asli dilakukan oleh syarikat pembalakan berlesen di Kampung Sungai Papan di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, wartawan warga Romania berusia dalam lingkungan 30-an itu sebaliknya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hanya untuk tujuan dokumentasi. “Tidak ada penahanan sebaliknya untuk dokumentasi sahaja.…










