BESUT 4 Ogos – Polis Besut dan Majlis Daerah Besut (MDB) hari ini menafikan kewujudan aktiviti tarian separuh bogel di Pulau Perhentian sebagaimana tular dalam media sosial sebelum disiarkan media tempatan beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebaliknya video yang ditularkan itu sebenarnya dirakam dua tahun lalu dan bukannya baharu berlaku. Beliau menjelaskan, tidak ada pihak termasuk pemilik resort, calet atau hotel di pulau…










