LONDON – Paul Pogba sekali lagi cuba berusaha untuk berpindah ke Real Madrid selepas dia menghilangkan diri dalam pra musim terakhir Manchester United yang akan bertemu AC Milan di Cardiff, hari ini. Sebab rasmi ketiadaan penyerang United itu adalah dia dilaporkan mengalami kecederaan di belakang badan ketika menjalani latihan di Oslo, awal minggu ini. Bagaimanapun, media British, Sportsmail difahamkan bahawa Pogba sendiri yang gagal menyertai penerbangan pasukannya ke Wales semalam…










