KUALA LUMPUR 1 Ogos – Indeks teras Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan IHS Markit Malaysia susut sedikit kepada 47.6 pada Julai berbanding 47.8 pada bulan sebelumnya. IHS Markit berkata, data kaji selidik PMI terbabit bagi tempoh itu menunjukkan sektor pembuatan Malaysia terus berdepan keadaan perniagaan yang mencabar. “Kelemahan permintaan terbukti terus memberi tekanan terhadap pengeluaran selain mengekang syarikat daripada meningkatkan tenaga kerja masing-masing. “Namun, kalangan perniagaan mengekalkan unjuran optimis terhadap keseimbangan…










