PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan bahawa cadangan pengambilalihan konsesi empat lebuh raya bernilai RM6.2 bilion telah ditangguhkan untuk dikaji semula. Beliau turut menyangkal laporan berita yang mengatakan rancangan itu dimulakan tanpa kelulusan Kabinet. “Tidak, tidak seperti itu. Kabinet sudah diberitahu mengenai rancangan ini oleh Kementerian Kewangan dan kita katakan tidak. Tetapi hanya tarikh pelaksanaannya sahaja yang akan diputuskan oleh Kabinet,” kata beliau pada sidang…










