PKR tolak cadangan undang-undang gangguan seksual - Utusan Malaysia

PKR tolak cadangan undang-undang gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – PKR menolak cadangan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.

“Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas cadangan berkenaan yang diutarakan oleh Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid ketika membahaskan Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 di Dewan Negara, semalam.

Anwar turut meminta supaya Senator dari PKR itu menarik balik cadangan tersebut.
“Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini