KUALA TERENGGANU – Kemenangan pada aksi sulung Kumpulan A Piala Malaysia kelmarin telah meningkatkan keyakinan Terengganu Football Club I (TFC I) untuk terus berusaha mengulangi pencapaian mara ke perlawanan akhir pada musim lalu. Pengendali sementara TFC I, Mohd. Nafuzi Zain berkata, kejayaan menumbangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor FC (PKNS FC) 3-1 tersebut merupakan permulaan positif buat skuad Penyu bagi kempen Piala Malaysia tahun ini. “Kita berjaya mencapai misi utama iaitu…










