KEPALA BATAS 3 Ogos – Seorang lelaki warga emas di sini kerugian sebanyak RM30,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam semalam. Mangsa yang merupakan pesara kerajaan berumur 62 tahun itu mula terjerat dalam sindiket berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa didakwa kononnya mempunyai tunggakan pinjaman dengan bank…










