KUALA TERENGGANU – Jurulatih sementara Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas PKNS FC dalam aksi pertama Piala Malaysia malam tadi adalah permulaan yang sempurna buat skuad Penyu. Nafuzi berkata, walaupun sering dihantui masalah kecederaan pemain utama yang tidak berkesudahan, beliau amat berpuas hati kerana barisan kedua dan pemain ‘feeder club’ yang diberi peluang beraksi menunjukkan permainan cemerlang. “Kemenangan malam ini (tadi) di laman sendiri adalah permulaan yang…










