KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memohon maaf bagi pihak kakitangan Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) setelah didakwa memberi layanan yang tidak menyenangkan oleh seorang netizen melalui komen di media sosial. Tunku Azizah bertitah melalui laman sosial Twitternya, ada sesetengah pihak yang tidak faham dengan prosedur sehingga berlaku salah faham. “Ada yang menelefon tidak faham, kena isi borang dahulu, patuhi semua syarat, bukannya terus dapat…










