BERKONGSI kegembiraan bersama Muslim kurang bernasib baik, Institut Teknologi Maklumat Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIIT) dan Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) baru-baru ini menganjurkan Kembara Ilmu dan Korban Perdana di Kampung Chalung, Satun, Thailand. Program dengan kerjasama Yayasan Ikhlas itu disertai seramai 30 peserta termasuk pelajar, alumni dan pegawai UniKL. Timbalan Dekan Kampus Gaya Hidup Pembangunan Pelajar UniKL-MIIT, Dr. Norsazali Abdullah berkata, dalam program itu sebanyak lima lembu dan…










