KLUANG – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan, perjumpaan beliau dan sekumpulan wakil rakyat pembangkang dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang unik. Beliau berkata, apa yang pentingnya perjumpaan itu bertujuan memikirkan masa hadapan negara dan rakyat terutama dalam usaha pengukuhan ekonomi dan perpaduan. “Tiada sebab pihak pembangkang tidak boleh berjumpa dengan pemimpin kerajaan. “Dalam keadaan sebegitu,…










