KOTA BHARU 3 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan mahu ‘meninjau’ pandangan daripada pembangkang apabila mengadakan pertemuan dengan wakil dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), UMNO dan Pas baru-baru ini. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, justeru, tidak perlu dibangkitkan sebarang isu berhubung pertemuan tersebut kerana itu adalah perkara biasa. Beliau bagaimanapun berkata, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak mewakili parti itu…










