IPOH – Perak memulakan kempen mempertahankan Piala Malaysia dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Sabah dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Perak di sini hari ini. Begitupun, menentang juara Liga Perdana musim ini, Perak memerlukan sehingga minit terakhir babak pertama untuk mendahului pasukan pelawat. Jaringan pembukaan Perak dihasilkan pada minit ke-45 hasil rembatan deras Brendan Gan dari luar kawasan penalti selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol. Careca menggandakan…










