KUALA LUMPUR – Beraksi tanpa enam tonggak, termasuk ketua pasukan, Lee Tuck tidak menjejaskan rentak permainan Terengganu FC apabila berjaya menumpaskan PKNS FC 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hari ini. Bintang import kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov meletakkan skuad Penyu di depan seawal minit keenam, namun PKNS FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-30 menerusi Jafri Firdaus. Sokongan padu penyokong…










