Penunjuk perasaan bakar bangunan kerajaan di Papua - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan bakar bangunan kerajaan di Papua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 29 Ogos – Ketegangan kembali tercetus di wilayah Papua selepas penunjuk perasaan bertindak membakar sebuah bangunan kerajaan dan memusnahkan beberapa premis perniagaan. Menurut seorang wartawan AFP, beratus-ratus penunjuk perasaan berarak berhampiran bandar Jayapura yang mana mereka membakar sebuah bangunan dewan serantau selain membaling batu ke arah kedai dan hotel. Insiden itu berlaku sehari selepas keganasan tercetus di Deiyai, yang mana pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan Indonesia, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang askar dan dua penunjuk perasaan meninggal dunia, kata pihak berkuasa. – AFP.

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya