KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seorang penunggang motosikal maut digilis lori dalam kejadian di Jalan Kajang Perdana, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.07 petang. Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian pemandu kereta pelbagai guna (MPV) sedang memandu dari Kajang ke Semenyih dan apabila tiba di Jalan Kajang Perdana, pemandu MPV melihat sebuah kereta datang…









