TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perumpamaan tersebut sesuai untuk ditujukan kepada Siti Azlina Mhd. Halil, 30, apabila kehidupannya kini berubah 360 darjah. Keputusannya menjadi stokis produk kecantikan Meeracle membolehkannya mengecapi kehidupan lebih selesa. Sebelum ini, rutin harian Siti Azlina yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka itu adalah bangun seawal pukul 4 pagi untuk menghasilkan nasi lemak. “Kehidupan saya sebelum ini biasa sahaja. Saya mengambil keputusan…










