SEBERANG PERAI – Seorang pengurus syarikat di Kepala Batas di sini kerugian wang sebanyak RM24,700 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang menyamar kenalannya semalam. Mangsa lelaki berumur 40 tahun itu mula terjerat dalam penipuan tersebut selepas menerima panggilan baru-baru ini daripada individu memperkenalkan diri sebagai kawan perniagaan yang mangsa kenali. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dihubungi oleh ‘rakannya’ itu bagi…










