BANGKOK 2 Ogos – Dua lelaki ditahan berhubung insiden serangan bom di Bangkok hari ini.
Lapor Channel News Asia, empat individu dilaporkan cedera ekoran serangan terebut yang berlaku ketika penganjuran mesyuarat menteri-menteri luar, negara-negara Asia Tenggara bersama rakan sejawat dari negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia.
Tiada satu pun serangan tersebut yang berlaku berdekatan kawasan penganjuran.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dua lelaki berkenaan ditahan selepas polis menemukan wayar bebola keluli ditemukan berdekatan sebuah peranti peranti aktif di luar ibu pejabat polis Thailand.
Polis percaya penemuan tersebut berkaitan dengan beberapa siri serangan yang terjadi hari ini.- AGENSI











