BESUT – Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Kelantan, Nik Muhammad Azhar Nik Mustapha berdepan detik cemas selepas terkandas hampir 12 jam di dalam kawasan Lata Kolam Air Deru, Kampung La, Hulu Besut dekat sini hari ini. Nik Muhammad Azhar, 40, yang mengalami kekejangan otot ketika memancing berseorangan di lata itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 pagi. Katanya, sebelum kejadian, beliau memasuki Lata Kolam Air Deru tersebut bersama…










