MERSING – Tindakan seorang warga emas menyorokkan sejumlah 151 karton rokok tidak bercukai di dalam sebuah tandas rumahnya terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Felda Jemaluang di sini Selasa lalu. Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, lelaki yang berusia 60 tahun itu turut diberkas dan rokok pelbagai jenama bernilai RM19,660.20 dirampas. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang berkata, kejayaan menggagalkan cubaan…










