Penduduk Pasir Gudang adakan bantahan pada sesi town hall - Utusan Malaysia

Penduduk Pasir Gudang adakan bantahan pada sesi town hall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 4 Ogos – Penduduk sekitar daerah ini mengadakan himpunan aman sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berhubung insiden pencemaran yang berulang semula baru-baru ini.

Himpunan tersebut diadakan sempena penganjuran Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini hari ini.

ORANG awam melakukan provokasi ketika kenderaan rasmi Menteri Besar Johor
ORANG awam melakukan provokasi ketika kenderaan rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal tiba untuk ke Sesi Townhall Isu-isu Semasa Pasir Gudang hari ini. – UTUSAN ONLINE/Nur Aisyah Mazalan 

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pencemaran Pasir Gudang, Mohd. Rafee Abdullah memberitahu, pihaknya akan turut menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Himpunan aman itu disertai seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada penduduk setempat dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini