Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa dibuka - Utusan Malaysia

Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi tahun 2019/2020 mula dibuka hari ini sehingga 31 Oktober depan.

Munurut laman sesawang Angkasa, pendaftaran dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui aplikasi JomPAY.

“Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).

Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta.

“Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan Angkasa,” kata pengumuman yang dimuatnaik di laman sesawang yayasanangkasa.coop hari ini.

Yayasan Angkasa merupakan anak syarikat Angkasa yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan pembiayaan, boleh ubah kepada biasiswa bagi ahli koperasi dan anak-anak mereka melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta dalam negara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini