HULU TERENGGANU 1 Ogos – Seorang pemuda maut apabila motosikal ditungganginya terlanggar belakang sebuah lori treler dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Ajil di Kilometer 1 Jalan Kuala Berang – Ajil di sini malam tadi. Mangsa, Muhammad Rashidi Mat Rashid, 24, yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.40 malam…










