KUALA LUMPUR 4 Ogos – Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terlanggar batu pembahagi jalan di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Damansara-Puchong di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, mangsa, Muhammad Azli Aizad Azmi, 23, yang menunggang motosikal jenis KTM RC390 itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. “Akibat pelanggaran tersebut mangsa didapati mengalami kecederaan serius di kepala…