BANGKOK 3 Ogos – Siri letupan bom yang menggegarkan Bangkok dan Nonthaburi sehingga mencederakan empat orang semalam dikaitkan dengan kumpulan pemisah dari selatan negara ini. Bangkok Post melaporkan, perkara itu dimaklumkan selepas pasukan keselamatan dan perisikan mengadakan pertemuan dalam satu perjumpaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwon. Menurut sumber, pihak berkuasa percaya serangan itu dikaitkan dengan peluasan operasi pemisah namun serangan tersebut mungkin mendapat sokongan politik dan…










