Pemimpin Melayu PH jangan 'menikus' dalam isu tulisan jawi - Utusan Malaysia

Pemimpin Melayu PH jangan ‘menikus’ dalam isu tulisan jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM- Semua pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) perlu berani bersuara mempertahankan keputusan melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin terbabit tidak seharusnya mengambil sikap ‘menikus’ dalam isu tersebut. 

“Mereka (pemimpin Melayu PH) mesti berani menyatakan pendirian sebagaimana beraninya UMNO mempertahankan isu ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO berpandangan jika penolakan dibuat kerana kononnya tulisan jawi bukan sebahagian daripada Melayu disifatkan sebagai ‘buta’ sejarah” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini. 

Ahmad Zahid berkata, UMNO menyokong sepenuhnya usaha memartabatkan semula tulisan jawi yang dijadikan sebagai salah satu elemen dalam pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu. 

“Bahasa Melayu itu bermula dengan tulisan jawi. Di dalam banyak terbitan sejarah dan kesusasteraan Melayu lama, tulisan Melayu itu berdasarkan kepada tulisan jawi,” katanya. 

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan pada minggu lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah bagi memupuk gaya penulisan yang indah dan menegaskan perkara itu tidak berkaitan dengan tulisan jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.

Bagaimanapun, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membantah keputusan melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah dengan alasan langkah itu tidak sesuai kerana tidak mempunyai hubungan secara langsung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini