TANJUNG MALIM – Seorang pemandu ambulans serta pesakit yang dibawanya maut apabila tayar kenderaan tersebut pecah menyebabkan ia terbabas di Kilometer 368.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.35 pagi itu, pemandu ambulans, Mohd. Hafidz Mohd. Bahari, 37, dan seorang pesakit wanita, Azizah Dolah, 66, meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang pembantu pegawai kesihatan pula mengalami cedera ringan manakala seorang doktor dan…










