KUALA LUMPUR – Melaka United berpeluang besar untuk menumpaskan PDRM dalam aksi pembukaan kumpulan D, Piala Malaysia malam ini selepas pengendali The Cops, E. Elavarasan mengesahkan empat tonggaknya tidak dapat diturunkan. Shahril Saari, Ughe Agaba dan Khairul Izuan terlepas pertemuan di Stadium Hang Jebat akibat penggantungan selepas menerima kad merah dalam aksi terakhir Liga Perdana menentang Pulau Pinang. Bekas pemain tengah kebangsaan, R. Gopinathan pula tidak boleh diturunkan kerana dia…










