KLANG 1 Ogos – Pekerja sebuah kilang plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar mengesahkan bahawa memo larangan dan denda RM500 jika solat adalah benar. Pengesahan itu sekaligus bertentangan dengan penafian yang dibuat pengurusan syarikat terbabit kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar. Bagaimanapun, jelas pekerja yang enggan namanya didedahkan itu, selepas memo tersebut diedarkan dan menjadi isu, pihak pengurusan syarikat telah menukar waktu rehat bagi menyelesaikan…










