MENERUSI penghasilan pek daging korban mudah dibawa, Food For Hunger Organisation menyasarkan sebanyak 115,500 paket daging untuk disalurkan kepada umat Islam di dalam dan luar negara menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi. Pengerusinya, Siti Najeeha Zaini berkata, menerusi kerjasama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dan syarikat pembungkusan tempatan, Food for Hunger (F4H) akan mengedarkan pek korban mudah dibawa seberat 200 gram kepada kumpulan masyarakat Islam yang memerlukan. Katanya, selain…









