PUTRAJAYA 30 Ogos – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus berusaha memastikan semua umat Islam meliputi golongan orang kurang upaya (OKU) berupaya menghayati al-Quran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ketika ini pihak Jakim dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang membangunkan satu aplikasi atau app al-Quran untuk golongan pekak. Menurut beliau, pihaknya telah memberi komitmen untuk membiayai projek tersebut yang setakat ini sudah mencapai…










