KUALA TERENGGANU 16 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan Pas Terengganu menunaikan janji untuk menyelamatkan tanah rizab Melayu yang keluasaan ketika ini cuma 118.21 hektar, jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri majoriti orang Melayu di negara ini. Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata, walaupun sudah lebih setahun mengambil alih pentadbiran negeri, namun isu mengenai kawasan rizab Melayu seolah-olah tidak diberi perhatian oleh Pas berikutan tiada sebarang pembelaan termasuk usaha…










