KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menjangkakan pembaikan paip pecah di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Persekutuan di sini akan selesai pada pukul 12 tengah malam ini. Syabas dalam satu kenyataan berkata, proses kerja-kerja pembaikan masih sedang giat dijalankan melibatkan penutupan dua lorong dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur dan satu lorong dari arah Kuala Lumpur ke Shah Alam. “Paip tersebut pecah pada kedalaman lima meter.…










