KUANTAN 1 Ogos – Kerajaan negeri meluluskan pembukaan tanah perindustrian baharu seluas 1,214.06 hektar dekat Pelabuhan Kuantan di sini sebagai Taman Perindustrian Antarabangsa Kuantan (KIIP). Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terdapat juga cadangan untuk mewujudkan secara eksklusif Taman Perindustrian Pahang-Singapura seluas 485.62 hektar yang terletak di kawasan strategik bersebelahan Jalan Kuantan-Pekan. “Selain itu, cadangan membangunkan Taman Aeroangkasa Pahang di sebuah kawasan yang sedang dikenal pasti yang…










